Tuesday, December 14, 2010

Amanat Pengerusi Badan Ihsan Selangor



1. Ahli seumur hidup perlu mengemaskini maklumat.

2. Senarai ahli seumur hidup perlu dilaporkan kepada

En. Harun penyelaras Badan Ihsan Negeri Selangor.

3. Surat keluar pengurusan perlu simpan fail daerah untuk rujukan.

4. Perlukan jawatankuasa khas bagi pengurusan ahli seumur hidup.

5. Surat watikah dan penghargaan perlu diberikan.

6. Pengurusan Negeri meminta satu salinan slip pembayaran ahli sekolah dari PPD.

7. Kempen Sertai Badan Ihsan kepada semua guru dan kakitangan

dengan lampiran surat kepada guru besar.

8.Pengerusi mohon dicadangkan elaun khas diberikan kepada jawatankuasa pelaksana bawah RM 100.00 setahun.

9.Kemasukan ahli dari kalangan jemaah Nazir Selangor diterima oleh jawatankuasa pelaksana.

10.Persoalan sumbangan RM 10,000 di jelaskan dimana RM 2,000 adalah bayaran wajib Badan Ihsan kepada ahli keluarga / waris ahli yang meninggal,

manakala RM 8,000 merupakan sumbangan ahli kepadawaris simati.

Baki wang sebanyak RM 8,000 ini tertakluk kepada kemampuan dana yangdimiliki oleh Badan ini.

11. Surat makluman kematian ahli kepada pengurusan Negeri perlu dilampirkan bersama:

1. Maklumat Nombor ahli Badan Ihsan.

2. Surat meninggal dunia.

3. Pengesahan ahli oleh PPD berkenaan.

12. Mesyuarat Badan Ihsan perlu diadakan kerap kali.

Cadangan Mac, Jun, September dan Disember setiap tahun.

Ahli Badan Ihsan Terkini 2010

Saturday, December 4, 2010

Keahlian Badan Ihsan Boleh Gugur


26 November 2010 Bilik Mesyuarat PPD Hulu Selangor, Wisma TNB Kuala Kubu Bharu, Ustaz Sabri menyatakan keahlian sebagai ahli Badan Ihsan boleh digugurkan sekiranya ahli tersebut tidak aktif (tidak membayar yuran) selama dua tahun. Walaubagaimanapun pihak sekolah boleh menjelaskan perihal keahlian sekiranya terbukti ahli tersebut memang aktif tetapi diluar pengetahuan pentadbiran Badan Ihsan diperingkat Daerah Hulu Selangor. Terdapat juga ahli sekolah yang membuat pembayaran yuran tetapi tidak dimaklumkan oleh pihak pengurusan Badan Ihsan diperingkat sekolah. Apapun diharapkan kerjasama semua dalam pengurusan keahlian amatlah diharap-harapkan.

Friday, June 25, 2010

Ahlan Wa Sahlan

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah Rahmah dan Inayah dariNya, dapat kita dipertemukan dalam ruangan blog ini. Kami di Unit Pendidikan Islam Hulu Selangor mengalu-alukan cadangan dan buah fikiran semua, terutamanya ahli badan ihsan di Hulu Selangor. Semoga dengan adanya ruangan ini akan mendekatkan kita dengan lebih erat dan mudah untuk menyampaikan sesuatu mesej. Akhir kata, tunaikanlah hak kita sebagai ahli dengan niat yang betul agar segala yang diuruskan akan mendapat lebih keberkatan lagi.